Tuesday, June 22, 2010

hYe WAN,,



Enggang Kurung Anak:

Time enggang betina mengeram telor dalam lobang pokok, enggang jantan akan tolong die tutup lubang tu. Lubang yang tinggal juz cukup untuk enggang jantan tadi bagi makan kat enggang betina yang terkurung tu je.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan pecahkan sarang untuk keluar dan bina semula dinding tu, dan kedua burung dewasa akan cari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri bina semula dinding yang pecah tu tanpa bantuan burung dewasa.

Nursery Haiwan Terbesar:

Gua Bracken di Amerika Syarikat adalah rumah bagi lebih daripada dua puluh juta kelawar. Si ibu tinggalkan anak-anak nye kat nursery tu. Mereka berhimpit-himpit supaya tak sejuk sangat. Kelompok kelawar ni sangat padat. Bagi kawasan yang sebesar pengesat kaki jumlahnya mungkin 1000 ekor.

Info kelawar:

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang.

Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar.

Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Anak Haiwan Paling Tinggi:

Tinggi anak zirafah kira-kira 2 meter iaitu lebih tinggi daripada kebanyakan manusia dewasa. Ibu zirafah yang lebih tinggi tu melahirkan anaknya dengan berdiri. Anak tu keluar n jatuh kebawah dengan kaki dahulu.

Info zirafah:

Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160 kilometer persegi / 62 batu persegi. Zirafah merupakan haiwan asli di Afrika, Zirafah berkait dengan rusa dan lembu, tetepi diletakkan dalam keluarga berbeza, Giraffidae, yang mempunyai hanya zirafah dan saudara terdekatnya, Okapi.

Burung Undan Dan Kantung:

Burung undan ada kulit macam kantung yang menggeleber kat bawah paruhnya untuk mencedok ikan. Air kemudiannya dikeluarkan dan ikan-ikan tu ditelannya. Bila anak nak makan, ia akan meluahkan ikan tu dan biar anaknya makan dari dalam kantung..eemm,,sedapnyaa..=o

Info:

Burung Undan atau Pelikan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga burung Pelecanidae. Bersama burung darter, kormoran, gannet, boobie, dan frigate, mereka membentuk Order Pelecaniformes. Pelikan moden telah ditemukan di semua benua kecuali Antartika. Mereka muncul umumnya di wilayah yang beriklim panas, dan mereka tidak ada di wilayah kutub, laut dalam, kepulauan samudera, dan daratan Amerika Selatan.

Pelikan terkecil adalah Pelikan Coklat (Pelecanus occidentalis) dengan berat hanya sekitar 2.75 kg dan panjang 106 cm dan lebar bentangan sayap maksimum 1.83 m. Pelikan terbesar saat ini adalah Pelikan Dalmatian (Pelecanus crispus) dengan berat 15 kg dan panjang 183 cm, dengan lebar bentangan sayap hingga 3.5 m. Pelikan Australia memiliki paruh terpanjang diantara burung yang lain.

Pelikan adalah perenang yang baik, dengan kaki mereka yang pendek dan kuat.


Ulat Bulu Pelahap:

Ulat bulu rama-rama polyphemus mungkin anak yang paling pelahap. Untuk 56 hari pertama hidupnya, die makan daun sebanyak 86000 kali lebih berat daripada badannya sewaktu lahir. Ini sama macam baby yang makan makanan sebanyak enam buah lori besar.hee~

No comments:

TAHUKAH ANDA❓ . Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak anggur muskat, res...