Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Friday, April 29, 2011

PRINCE WILLIAM AND KATE MIDDLETON SWEET PHOTOS

Hype readers...
semalam berlansunglah dengan sungguh amat meriahnya majlis perkahwinan kerabat diraja Britain yang sangat lah pemes :: PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON..best tengok dorang da kawenn...aku nak gak kawen cam tu..cam ala-ala senderella gituuu..ahaha..

k,,ayuhh cekidot kenangan semalam yang sangatlah wonderfull moments taw..=))

cincin tunang..

time bertunang dulu...=)



ni time tengok persembahan jet kat langit..patah tengkuk wehhh..=p

antra guest : DAVID BECKHAM N WIFE


bye2,,aku nak kawen dah,,,ko bile laei jang oii..?boleh ?


                                                    
CANTIK SANGAT !
HEHE..KETE BARU DAPAT LESEN 'L' KEE BANG ?..=P

ALOH2..COMELLL...

RAMAI GILER RAKYAT JELATA YANG DATANG..

ARGHHH,,TERSERLAH KEBOTAKAN..HEE

YEAHH..KITE DA KAWIN AKHIRNYA,,,TAK SANGKA I UUUU..=P


KEK MEREKA...woww

KAH3...aku rase hensem hariniiiii..




ee,,,malulah....kuang3...

comel kete mereka kan..eheh


ni saguhati kereatif,,patung kertas,,ala dulu2 dak2 pempuan selalu wat main.=p



ni lak pizza ade muke mereka..wahhhh


sambil-sambil tengok picture mereka,,alang-alang teros wat entry,,,hehe..


p/s :: sudah lama jatuh cinta dengan gambar..arghhh,,,bile tah nak dapat DSLR..amacam kau nak belikan aku tak ? oke, takpe, nanges.


(sorylah gambar tak tersusun,,,da pening lalat,,terlampau banyak gambar yang giler wonderfull..=)


Friday, April 22, 2011

cintaku cintamu jua..muehehehe..=p

assalam...

hye,hye,hye semua...bertemu lagi kita di rancangan berjiwang-jiwang di awangan..muahaha..hokelah..sape sedang bercintan-cintun sekarang ?? angkat kain cepat ! ha,,tulah hari nak ujan nih, sebelum basah lencun kan..menyesal tak sudoh kang..hush2..! (isk,kalau tak bebel memang tak sah )

kusen somel ni pon nak bercintun ye..hehe..alololo,,setiap makhluk Allah tu unik taw,,haiwan pon tak terkecuali ade perasaan berkasih sayang ni..hek3..=)


yeahh,,,di petang yang semakin gelap dan hujan pon semakin turun dengan derasnya,, moh le kite intai-intai kita ni berada dalam golongan jenis ape bila bercinta, berasmaradana bagai tu..kui3...inipun hasil dari pembelajaran aku dalam sem ni taw.. tak salah kan kalau nak sharing is caring gituu..yok,yok,,cekidot !

Cinta Persahabatan : Cinta Storage
• Hasil dari persahabatan yang lama
• Timbul secara slow motion @ perlahan-lahan..=p
• Kadang-kadang orang tu sendiri tak sedar die tengah bercinta,,(boleh ek cam tuh,hhehe,supriseee)
• Mempunyai minat yang sama dengan pasangannya ( suka melantak sampai jadi tong drum.=p)
• Tidak berupaya mencintai seseorang tanpa mengenalinya secara mendalam dalam jangka masa panjang.




Cinta Romantis ; Cinta Eros
• Cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang kuat pada pandangan pertama.(wuishh,,dasat nih,dari kerana mata..=p)
• Mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan
• Seboleh-bolehnya mahukan 1 identiti
• Memandang cinta sebagai satu yang sangat tinggi nilainya.(ha,,jgn memain)



Cinta Permainan : Cinta Ludus
• Orang jenis cinta ni cuba kurangkan pergantungan dan tanggungjawab
• Selalunya ade lebih dari 1 pasangan >>keliling pinggang ni,=p
• Tak serius dan tak mendalam perasaan cintanya
• Takde perancangan jangka masa panjang dalam cintanya
• Hubungan secara mendadak, tak begitu mesra terutama dari segi emosi
• Suka bebas, tak suka diganggu oleh awek/pakwe

Cinta Logikal :Cinta Pragma
• Individu dalam cinta ini cuba mencari pasangan yang terbaik untuk dirinya
• Akan tetapkan ciri-ciri khusus pasangan
• Bila dah dapat pasangan , sebarang kemungkinan perpisahan akan dipertimbangkan dulu
• Sabar dalam mencari percintaan sehingga dia betol-betol jumpa dengan pasangan yang memenuhi criteria yang ditetapkan. (cerewet ni)
• Selalunya dialah yang jadi bujang terlajak @ andartu..(isk2,,cian depa, tapi patotlah pon,=p)

Cinta Kepunyaan : Cinta Mania
• Banyak sifat cemburu sebab selalu nak pasangan bersama doplohpatjam .
• Dia anggap pasangan sebagai barang kepunyaan. (takbleh2,,hep !)
• Tak suka perpisahan
• Sume bende nak wat sesame,,alahai,,switnyeee..ek
• Menjadi beban kepada orang lain kerana terlalu mementingkan diri
• Individu ini suka mengongkong dan mengawal.
• Sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.

Cinta Pengorbanan : Cinta Agape
• Pasangan suka membantu, amat memahami dan pemaaf
• Terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap pasangan yang dicintainya
• Pengorbanan menyebabkan fikiran mereka terbatas
• Bersikap terbuka dan boleh menerima cinta sesiapa sahaja
• Sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang dicintainya bahagia dan selesa (macam dunia dia yang punya..muahaha)
• Rela ketepikan cita-cita atau kehendak dirinya asalkan pasangan mendapat apa yang dimahunya.

so,,kawan2 kat golongan jenis cinta apekah ? hehe..fikir-fikirkan lah ye...dan selamat beramal..=D

yeahh..akhirnya kawin jugakkk..even cinta korang jenis ape pon,cinta mati ke,,cinta bute ke..hehe..ape2pon,,haruslah saling menerima kekurangan pasangan masing-masing taw..amin.semoga jodoh kita semua diberkati..amin,,=)



dan cinta yang hakiki semestinya cinta kepada Allah s.w.t ..alhamdulillah..=)
angan2 harini : nak kumpul duit banyok2..aisehhh,,(ade mee disebalik udang nih,hep,,x bek pk bukan2.=p)

Sunday, February 20, 2011

BUDU LA KAU !! =P

salam semua...yeahh,,terkejut tak ngan title entry nih,,hehe,,,saje je 2.ok jom ida nk kongsi pasal budu ni..sebab ida sendiri sukeeee makan..tapi slalu dpt mkn kat uma je itupun kalau mak ayah beli, kalau kat kolej ni tak dapat la nak makan sangat. takde macam orang jual pon.hhu...xpela,,lets read ::

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

petikan dari FB..;)

Monday, January 31, 2011

hehe....

assalammualaikum..

haha..tak taw nak post ape,tapi nak post jugakk,,tak kire !!

oke,,kita mulakan dengan laporan kaji cuaca setakat ini :: banjir dah jadi kat bberapa tempat, berita kat tb3 cakap tadi, kat Johor pon dah naik air..huhu..mintak-mintak janganlah banjir teruk cam sejarah kat KOTA TINGGI dulu kan..amin..

gambar diambil pada pagi semalam..lokasi : depan umah..air laju membelah pantai..*%%#@

siang tadi ujan jugak kat area umah aku ni, malam ni alhamdulillah da benti ujannye. tapi yang sadisnye,.uma da macam umah setinggan, baju berhanger2 bergayot-gayot. huhu~ kalau la ade orang datang tetibe ni, lintang pukang la nak mengemas weh..ehhe..kang kalau tak basuh lak,nak pakai ape kan..bukan kitorang ni jenis anta dobi..huuu...dan bukan jugak pakai berkali-kali oke.kebersihan tu penting.

sejak balik aritu memang dok terperap kat umah ni...macam pisang salai dah muke memasing dalam umah ni kecuali emy n ayah aku lah sebab dorang selalu lari dari umah,,ahha..tak tahan kene bebel ngan mak kot...ehehe..tipu je,,sebab dorang ni dah memang kaki jalan, tak kire lah ujan ribot ke ribot padang pasir ke..aik,,bile masa umah aku kat tengah2 padang pasir ni. abaikan ye,,kejadian mengarut-karut memang disukai ramai,,ngeh3..

ha,,cakap pasal padang pasir ni, korang tau tak pasal rusuhan yang jadi kat belah saudi Arabia nun sinun tuh ?? kalo tak tahu,toksah jadi mahkluk Tuhan paling seksi ! eh,memang tak payah pon lah ! adoh ! ha,,kalau tak tahu,,kenelah amek tahu oke.,ade ramai jugak orang Malaysia kat sana kan..emm,hope dorang save kat sana n jauhi dari kekejaman orang lain,,amin..

sungguh banyak dugaan yang Tuhan uji kita semua kan..so,kita sebagai makhluk-Nya mestilah terima dengan redha dan fikirlah bahawa setiap yang terjadi tu mesti ade hikmah disebaliknya..insyaALLAH..kita pon kenelah sedor diri sikit kan, janganlah redo manjang dandan g men air banjir tu, siap pakai googel lagi tuuu..hampeh tol. keselamatan haruslah diutamakan oke..ingat orang yang sayang2 kita ni taw.ececeh,teros ingat gewe la tu..=D

perghhh,,bace2 balik ayat2 kat atas aku rase cam dah pesanan cikgu kat murid-muridnya lak kan..hek2.,perasan sudaa<<>>>

yeah..kalau dok uma tak sah kalau tak post gambo2 wat kueh..hhe..ni petang tadi aku kaco mak aku wat kueh taw,,siap tolong makan lagi,,hehe..krup2 bunyik kueh ni..mantop..macam nak raye pon ade aku rase,,heee..tak sesuwai lansong makan kueh ni time raye kongsi pat chai kan..haiyoo,tak matching laa..tapi bukan tok raye cina la,,kitorang wat tok bawak balik kg nanti..mak cakap nak bagi sedare2 makan..cewahh,,pomot la 2 kot.ngeh3..=p

tadaaa,,kueh rose/ atau nama best ckit :: kueh goyangg..yehaa...=D

ni lah saat2 yang masyuk tok kita bergoyang-goyangan...!! heeee~

ehhe.berator nak masok mulot nii..deeee~

hhoho,,harini pon sempat lagi testing2 shawl nak pakai g kenduri cousin nanti,,wakaka betol lah kan..amek gambo kat webcam je pon,dah macam orang ape je siang tadi..tapi ape2 pon aku suke sangat2 ngan inner beli kat Ayunar on9 soping ni..kalau nak tengok,klik SINI.

haiyoo,,minah tembam ke arah gemok..hek3..sudahh la..habess !

gambo kabe2 baek punyerrr..agagga~

ahhaha,,harini ngeng ckit sebab :::

gembira woooo...sebabb dah berjaya tukar header and background..!!yehaaa,,dabedabeduu !! kalau korang ade komen,,bgtaw lah k..aku ni still belajar lagi..thnks :)

Friday, January 7, 2011

RUMAH LEMON2 KAT DUNIA WOO

salam...huuu..entry ni just tok kongsi2 bersama-sama sume..sambil2 jalan kat utusan on9 tdi,,tros rase nak upload kat cni..cayalah,.memang jutawan lah kan ade uma camnih,,kalau la aku dapat konpom2 tak kua uma,,dok je dalam uma,,dah sume bende complete kan..best 2....ok, xmo bebel berjela,,lets cekidot !

Antilla rumah termahal di dunia


DEWAN di Antilla seluas sebuah pentas pertunjukan selain dihiasi mewah dengan kelipan kristal.


MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri.

Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.

Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani.

Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.

Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.

Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi.

Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China.

Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat.

Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.

Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah.

Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.

Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia.

Kayu berbentuk huruf ‘W’ yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..

Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah.

Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.

mantop !!! bestt gilerrr !! ayuhh,,berusahalah ke arah kesempurnaan hidup..hee..tapi jgn dilupa pada yang tidak berkemampuan ye..n jgn alpa bila sudah di atas,,.ingatlah yg dibawah..tanpa org bawahan siapa lah kita kan untuk berada di atas..fuhh,,berfalsafah la plop !.k ...wasalam..=)

Friday, December 3, 2010

Contoh-Contoh SITI yg patut Dicontohi..

salam Jumaat semua,,

main2 kat pesbuk pon kita leh dapat macam2 ilmu kan ? yang boleh kita kongsikan bersama-sama..so,,perempuan2 di luar sana,,meh kita contohi mereka,,n para2 lelaki bolehlah cari calon2 n didiklah anak2 perempuan bagi yang sudah berkahwin dengan contoh2 wanita terbilang ini..

~ Antara 9 SITI Yang Patut Dicontohi ~

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org-org kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg-kdg berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan ALLAH. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh ALLAH SWT utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan ALLAH syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana ALLAH SWT.

huhu,,nak anak nama siti lah,(tibe2)

Tuesday, July 6, 2010

BAHAGIAKAH KAMU?

salam..

JIWA ORANG YANG BAHAGIA


Orang yang bahagia itu akan selalu meluangkan masanya untuk:

Membaca kerana membaca itu sumber hikmah.




Tertawa kerana ketawa itu muziknya jiwa.



Berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.



Beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.



Bersenda kerana bersenda itu akan membuatkannya muda selalu.



Beribadat kerana beribadat itu ialah ibu untuk segala ketenangan jiwa.

selamat beramal!!=)

TAHUKAH ANDA❓ . Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak anggur muskat, res...