Tuesday, July 10, 2012

psstt,pssttt..meh nak gosip !

Assalammualaikum...


perempuan...memang sukakan kata-kata manis ! YA, dari bibir insan yang berlawanan jantina dengannya,,siapa lagi kalau bukan >> si ADAM, si GEWE, si BATMAN, si MAMAT, si JAMBUL AYAM,  siapa lagi ya ? siapkahhhh diantara kitaa..whoa,,kok nyanyian terusss !

ehem ! siapa pula si perempuan itu ? kamu . kau dan AKU. . Yes kita sang jelita jeliton..;p

suka enggak ? bila dibilang I LOVE U DARLING ? I MISS U BEBEH ? AKU SAYANG KAU MINAH TAIK LALAT DI BIBIR, TAKDE POMPUAN PALING TERCANTIK DI LORONG NI SELAIN KO PEAH, AKU DAH FALL IN LEP WITEUIII LEHA HIDONG MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG . N blablablaaa lagi ayat2 manis di mulut si lelaki-lelaki idaman malaya la sangat...~

tapi kan,, for sure lah semua perempuan akan amat meremang bulu roma idong pon boleh lah, bilaaaa saat-saat dilafazkan :::: >>>> 


"""AKU TERIMA NIKAHNYA dot dot dot binti pokadot"" 

iklan kejap gambau2 saat-saat manis IRMA HASMI dan suaminya.. sweet giler !





hawau so swit dat ??? aouchhh ! (baru nak upload gambo mereka,,dasar orang paleolitik betol aku ni)

hurm,,saat lafaz tu agaknya cemanalah aku kan (mula berangan) . oke, biarkan masa menentukan segalanya. hanya pada Allah ku beserah..insyaALLAH, setiap yang ditentukan-Nya ada hikmahnya. aku terima nikahnya..eh' ;p 

*apesal memula entry come back ni nak buat entry tangkap leleh ni..alahai..takpe,bukan kite sorang2 yang rasa,,semua gegel rasa,,ye dok ? ;p

doa 4 today : "Ya Allah, bimbinglah hati ini menjadi anak yang solehah sebelum aku menjadi isteri yang solehah. Aminn.."

kesian,,terima kasih daun-daun keladi..wassalam..:)

Monday, June 11, 2012

DOA SAMBUT PEPERIKSAAN...

Assalam w.b.t ...

entry tetibe. boleh tak cenggini ? huhu..
memandangkan + melihatkan + menjelingkan suasana hari raya eh' suasana exam . damn ! nampak beno tak sabau nak raye, puaso tak laei..adeh.

ni ha DOA2 yang boleh kita amalkan bersama ye, 4 kawan2 yang nak exam tuu...:)

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

tapi,,bukan setakat doa je k,,,haruslah USAHA + TAWAKAL beb ! 
last word ; GUD LUCK & ALL THE BEST  ! :D

Thursday, February 9, 2012

Surah & manfaatnya...:)

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia...

sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat dari pembacaan di FB..diharap dapat menambahkan ilmu di antara kita...insyaALLAH..:)



۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi ’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

 ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL- QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL- QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


marilah sama-sama mempraktikkan pembacaan al-Quran seharian agar hidup kita disinari cahaya ketaqwaan disamping mengetahui setiap maksud disebalik ayat-ayat suci itu..


hidup ini mudah,,al-Quran dan sunnah panduannya..

carilah ketenangan yang hakiki disebalik bait-bait baris ayat yang manis didengar dan syahdu dibaca dari al-Quran penyuluh kehidupan . bukannya kata-kata manis bersulam durja dari kekasih yang belum sah milikmu di dunia penuh kepalsuan kealpaan ini...

wallahualam..with lovemeyummy,,cikida..(: 

TAHUKAH ANDA❓ . Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak anggur muskat, res...