Monday, January 31, 2011

hehe....

assalammualaikum..

haha..tak taw nak post ape,tapi nak post jugakk,,tak kire !!

oke,,kita mulakan dengan laporan kaji cuaca setakat ini :: banjir dah jadi kat bberapa tempat, berita kat tb3 cakap tadi, kat Johor pon dah naik air..huhu..mintak-mintak janganlah banjir teruk cam sejarah kat KOTA TINGGI dulu kan..amin..

gambar diambil pada pagi semalam..lokasi : depan umah..air laju membelah pantai..*%%#@

siang tadi ujan jugak kat area umah aku ni, malam ni alhamdulillah da benti ujannye. tapi yang sadisnye,.uma da macam umah setinggan, baju berhanger2 bergayot-gayot. huhu~ kalau la ade orang datang tetibe ni, lintang pukang la nak mengemas weh..ehhe..kang kalau tak basuh lak,nak pakai ape kan..bukan kitorang ni jenis anta dobi..huuu...dan bukan jugak pakai berkali-kali oke.kebersihan tu penting.

sejak balik aritu memang dok terperap kat umah ni...macam pisang salai dah muke memasing dalam umah ni kecuali emy n ayah aku lah sebab dorang selalu lari dari umah,,ahha..tak tahan kene bebel ngan mak kot...ehehe..tipu je,,sebab dorang ni dah memang kaki jalan, tak kire lah ujan ribot ke ribot padang pasir ke..aik,,bile masa umah aku kat tengah2 padang pasir ni. abaikan ye,,kejadian mengarut-karut memang disukai ramai,,ngeh3..

ha,,cakap pasal padang pasir ni, korang tau tak pasal rusuhan yang jadi kat belah saudi Arabia nun sinun tuh ?? kalo tak tahu,toksah jadi mahkluk Tuhan paling seksi ! eh,memang tak payah pon lah ! adoh ! ha,,kalau tak tahu,,kenelah amek tahu oke.,ade ramai jugak orang Malaysia kat sana kan..emm,hope dorang save kat sana n jauhi dari kekejaman orang lain,,amin..

sungguh banyak dugaan yang Tuhan uji kita semua kan..so,kita sebagai makhluk-Nya mestilah terima dengan redha dan fikirlah bahawa setiap yang terjadi tu mesti ade hikmah disebaliknya..insyaALLAH..kita pon kenelah sedor diri sikit kan, janganlah redo manjang dandan g men air banjir tu, siap pakai googel lagi tuuu..hampeh tol. keselamatan haruslah diutamakan oke..ingat orang yang sayang2 kita ni taw.ececeh,teros ingat gewe la tu..=D

perghhh,,bace2 balik ayat2 kat atas aku rase cam dah pesanan cikgu kat murid-muridnya lak kan..hek2.,perasan sudaa<<>>>

yeah..kalau dok uma tak sah kalau tak post gambo2 wat kueh..hhe..ni petang tadi aku kaco mak aku wat kueh taw,,siap tolong makan lagi,,hehe..krup2 bunyik kueh ni..mantop..macam nak raye pon ade aku rase,,heee..tak sesuwai lansong makan kueh ni time raye kongsi pat chai kan..haiyoo,tak matching laa..tapi bukan tok raye cina la,,kitorang wat tok bawak balik kg nanti..mak cakap nak bagi sedare2 makan..cewahh,,pomot la 2 kot.ngeh3..=p

tadaaa,,kueh rose/ atau nama best ckit :: kueh goyangg..yehaa...=D

ni lah saat2 yang masyuk tok kita bergoyang-goyangan...!! heeee~

ehhe.berator nak masok mulot nii..deeee~

hhoho,,harini pon sempat lagi testing2 shawl nak pakai g kenduri cousin nanti,,wakaka betol lah kan..amek gambo kat webcam je pon,dah macam orang ape je siang tadi..tapi ape2 pon aku suke sangat2 ngan inner beli kat Ayunar on9 soping ni..kalau nak tengok,klik SINI.

haiyoo,,minah tembam ke arah gemok..hek3..sudahh la..habess !

gambo kabe2 baek punyerrr..agagga~

ahhaha,,harini ngeng ckit sebab :::

gembira woooo...sebabb dah berjaya tukar header and background..!!yehaaa,,dabedabeduu !! kalau korang ade komen,,bgtaw lah k..aku ni still belajar lagi..thnks :)

Saturday, January 29, 2011

GILE HUJAN

ohh !! sejuk bangatt arini..sumpah tak tipu..nak mandi pon takotttt..takot mati terkancing gigi dalam toilet kang..bukan mati kencing berkali-kali..hadoiii##%$^&$^

semalam lagi hujan je,,nak kua uma g riadah pon tak dapat..cehh,,macam rajin plak tetibe..ngeng ! cuaca kat Johor sekarang memang tengah musim ujan la kot kan,,semalam on the way balik cini dari K.L tak ujan sangat pon,da sampai Johor ni baru la hujan..



kat dalam ladang2 sawit pon ada air berendam cam banjir..wuishh,,jangan la banjir kan,,,tengah2 holiday nak sambot CNY ni kan..eheh.nanti lori limau tak dapat masuk kampung nak bagi buah limau free..=p ko hado ? haha

wehh,,tapi yang syok2 nye aku skang da kat uma beb ! hoho..enjoyy makan plus tido plus on9 plus chitchat ngan org2 kat umah ni..kalau kat kolej kan ade cam jadual nk g class la meeting la..ape laa..skg kita agak free ckit la..heee~ MUAHAHAHA..(gelak paling cute nih)=p

cuti rye cina ni aku jangka aku dok kat uma johor selama lebih tak kurang 4 hari and then akan bertolak ke pahang bertungkus lumus menjayakan kenduri kawen cousin plak..wahh..sgt terujaa wehhh ! macam la aku expert nak tolong mende2 ek,,haha..alaa,,time ni la nak blaja selok belok nak kawen kan..muahahahha lagiikkkk ! gatai naaa~ shhhhh,,rahsia kita k,,set !

okay,,cite sal sejuk ni,,.leh tak takmo mandi /? erkk,,gilerr hape,,takbley2 !! kang ade kene tido luo,,lai sejuk mak ai..xnokkkk !



ok lah,,nak g singgah uma jiran2 lak,,nasib nak singgah uma kawan2 blogger ni tak payah pakai payong or redah ujan...hehee...nilah kemajuan teknologi kita sekarang kawan2..cewahh !

tapi aku gilerkan noh hujan..so ?


emm,,xpelah kalau die tak giler kan aku,,kalau die gilerkan aku,,tkot aku yang giler..iskk..takbley2 ! bape banyak takbley daaa...

Sunday, January 23, 2011

AWARD TAHUN BARU FROM IERA AFZU



salam..

fuhhhh ! lama bangat tak update blog ni..da nek sawang nih..meh sapu2 ket..huuu~
yelakan,nanti kalau tak kemas2,takde orang nak jenguk kita ni..huhu..

ok lah,,entry ni pasal iera afzu bagi aku award..yeyehhh !! thnks a lot taw...^.^ n hpy new year 2..

heeee..ok,,da kene tag, kite kene jawab soklan taw..

4. Azam baru anda? Senaraikan 5 sahaja.

ok iera..azam ida taon ni..
  1. nak dapat pointer lebih tinggi dari sem lepas..insyaALLAH. i can do it !
  2. nak try wat bisnes kecil-kecilan.,.hhee,,,nak ada duet poket sendiri..
  3. n yang penting nak kuruskan badan n dapatkan kesihatan yang baik..hehe.aku da gemok !! takott..
  4. nak kurangkan berbelanja tanpa hala tuju..ngeh3..
  5. nak rajin update blog n kunjung uma jiran2 blogger len...heee~ i like !
ok..done !
nak kene tag orang..sape ek? heehee..dy best fren blogger,,tak sombong..hehe

TELAGA PUTIH MELEPAK ..KUI3..klik pict tok ke blog IERA AFZU..=)

Friday, January 7, 2011

RUMAH LEMON2 KAT DUNIA WOO

salam...huuu..entry ni just tok kongsi2 bersama-sama sume..sambil2 jalan kat utusan on9 tdi,,tros rase nak upload kat cni..cayalah,.memang jutawan lah kan ade uma camnih,,kalau la aku dapat konpom2 tak kua uma,,dok je dalam uma,,dah sume bende complete kan..best 2....ok, xmo bebel berjela,,lets cekidot !

Antilla rumah termahal di dunia


DEWAN di Antilla seluas sebuah pentas pertunjukan selain dihiasi mewah dengan kelipan kristal.


MEMILIKI sebuah rumah mewah yang selesa sudah tentu menjadi idaman setiap insan, apatah lagi jika rumah tersebut dibina berdasarkan imaginasi dan idea pemilik itu sendiri.

Namun buat Antilla, sebuah rumah di Altamount Road, Mumbai, India yang dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) sekali gus telah diiktiraf sebagai rumah termahal di dunia.

Rumah idaman itu dibina oleh pasangan jutawan dari India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani.

Istana milik peneraju Reliance Industries itu yang juga merupakan lelaki kelima terkaya di dunia (dinobatkan oleh laman web Forbes) dengan anggaran aset bernilai RM142 bilion (AS$43 bilion) memerlukan kira-kira 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah tersebut.

Tanggungjawab membina rumah impian milik pasangan tersebut telah diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins Wills dan Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Hotel Mandarin Oriental di Dallas dan Los Angeles.

Proses pembinaan rumah tersebut bermula pada penghujung 2006 dan siap untuk diduduki pada September 2008 di atas sebidang tanah berkeluasan 4939.81 meter persegi.

Ia menampilkan struktur seni bina yang dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan bentuk feng shui dalam masyarakat China.

Melalui prinsip itu, ia memberikan aliran ruang udara yang sihat berpandukan susun atur yang strategik pada bilik, objek dan kemasan barangan yang terdapat padanya.

Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat.

Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

Antilla turut dilengkapi dengan sebuah lobi yang menghimpunkan sembilan buah lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai yang terletak di aras tujuh selepas enam tingkat di bawahnya dijadikan sebagai tempat meletak kereta dan boleh memuatkan 170 buah kenderaan dalam satu masa.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan dewan tari menari berhias siling kristal, ruangan menonton yang dilengkapi dengan monitor LCD lengkap dengan sistem pembesar suara seluas sebuah pentas pertunjukan.

Di tingkat lapan pula mengandungi sebuah pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

Antara ruangan istimewa lain yang terdapat di dalam Antilla ialah ruangan kesihatan yang dijadikan sebagai aras khusus untuk bersukan dan beriadah.

Aras itu juga menyediakan bilik berais khusus untuk kegunaan penghuni dan tetamu yang ingin lari dari bahang cuaca panas kota Mumbai.

Menariknya, bilik sejuk ini juga menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan dan salji buatan manusia.

Kayu berbentuk huruf ‘W’ yang dipasangkan untuk menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan diilhamkan daripada sebuah atrium terbuka untuk bahagian taman dan halaman rumah..

Elemen paling rumit bagi proses pembinaan rumah itu ialah untuk merealisasikan landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal di dalam sebuah rumah.

Ia boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga yang membolehkan Antilla mengubah suasana kediaman pada musim panas kepada dingin manakala ketika cuaca sejuk dapat menyamankan tubuh.

mantop !!! bestt gilerrr !! ayuhh,,berusahalah ke arah kesempurnaan hidup..hee..tapi jgn dilupa pada yang tidak berkemampuan ye..n jgn alpa bila sudah di atas,,.ingatlah yg dibawah..tanpa org bawahan siapa lah kita kan untuk berada di atas..fuhh,,berfalsafah la plop !.k ...wasalam..=)

welcome back my LUVLYLAPPYDOLL...



watchaaaa !!! heee~
sory2,,,terwatchaa lak pagi2 ni..bukan apa macam rasa bahagia je semenjak2 semalam ni..uhuuu ~
tu yang hyper semacam je ni...harap wat xtaw je k..jgn amek port sgt la kat aku ni..kdg2 memang senget ckit..tehee~

haa ! tgok kat title entry aku kali ni...sedap tak nama 2 ? LUVLYLAPPYDOLL..sedapp kan ?? tapi bukan sejenis makanan, kete menan, mahupun anak patong barbie ke k ...ia adalah my lappy LOL..beliau baru je pulang ke tanah air semalam setelah semalaman bermalam di rumah abang hensem..hhaha,,da mule merepek ni ! wacthout ! emm,, macam ni citenye,, dy merajuk ngan aku weh,, tiap kali aku nak jumpe dy je,, dy wat macam2 pangai..huu.(takmo tengok muke aku plus dy wat muke sememeh dy lah ).nasib aku ni penyabar orgnya..ececehh ! angkat bakol sat ! then... pada satu hari tu,, kawan aku pon mengalami nasib yg sama taw..aku dengar dy anta BELIAU ni kat sorang mamat ni..wah,,bran giler an..tapi,tup2...pas jumpe ngan mamat 2,,tros oke n x majok2 dah..aku ape lagi, nak gak la BELIAU aku ni kembali bahagia bersamaku...wahh..ayat jiwangss sgt ! ehmm,,2 la malam 2 aku anta dy kat mamat yg sama cam kawan aku anta dy punyer BELIAU 2..sok petangnya,, da stle ! wa cayalah sama lu mat ! ko mandrem ape ngan LUVLY aku ni weh..heee~ ape2 pon,,,sekarang aku tgh mengahadapi saat2 bahagia bersama BELIAU a.k.a LUVLYLAPPYDOLL..=P walau 3 rat aku perabes kat ko,,namun hubungan ini perlu diselamatkan segera agar ia tidak menjadi parah dan aku akui aku tidak dapat hidup tanpamu disisi ku..ngengong !

oklah,, ni la luahan hati si kekasih kepada kakasih nya..hahaha..aku terpaksa begini bagi membuktikan bahawasanya aku masih perlukan mu wahai lappy ku syggg..wahh..terjiwang lagi. sape2 rse nak terblwekk 2,,cepat2 tekan sign X. aku x pakse korang bace,,hehe..tapi nak bace or komen ape salahnya kan,,dialu-alukan..=)

ok ni lak pesanan kepada diri sendiri ::
  • jaga ia seperti mana aku menjaga kekasihku yang lain..waa,,byk kekasih ! hoho...xdelah,,means..family,,bf,,member2,..hee~
  • berlaku sopan lah aku ketika bersamanya..cth : tekan keyboard semacam menguli tepung gituu..lembut dan lemah..haiyoo,,aku lah pempuan ganas..mampukah ? ehmm..
  • jangan bagi suplemen banyak sangat sampai ia termuntah balik..cian dy..bagi secukup rasa je..means..simpan bende2 penting je..jgn semak2..huuu..(gambar2 x semak kan ?)
emm,,last but not least..i lebiuuu LUVLYLAPPYDOLL !! hope we can still 4 ever taw..i setia ngan u je..=p

so,,sekarang da leh wat kje ngan tenang dan aman tanpa borow2 lappy akk or anybody else..yeahh..peace no war ! tetibee~

Wednesday, January 5, 2011

PERKAMPUNGAN DI MINES

salam..hye all...wahh,,kabare ?? hope waras ya semuanya,,,hehe

di kesempatan dapat meng on9 kan diri sekejap nih,,,aku nak cite n haplod gambo time perkampungan GSD ari 2 before pergi kukem..hehe,,

masyuk sehhh time 2..keje, keje jugak,,tapi plan sambot besday dak Jaz ni still on weh,,2 yg syok, dapat pow dy belanje kitorang.,lagi la sedap menjilat jari,, ! ^.^

malam hari dy terberanak 2 kitorang dapat plan baek punyer dari ladang coz dapat angkot dy masuk wadi,,yeahh,,nasib la budak ni ringan. jap je da basah kitorang humban dy masuk wadi 2,,,beselah kolej aku ni memang pemes ngan tradisi humban orang kat wadi or kolam ikan if ade tarikh2 keramat cth mcm besday ke or sape2 jadi pengarah program kat kolej 2 pon kne jugak taw..so sume org have beware oke ! tehee ~ dah basah kene lak baling ngan tepung..hehe,,sape punye angkara la 2..aiyakk !

then esoknya lah best..kitorang dapat pelepasan dari MR. MELL (converner gsd ) kitorang merewang g mines,,tanpa mengeluarkan sesen pon,,besday gurl sapot sumenyee,,,yehaaa,,,andre2...ape la kan,,hehe,,tapi rezeki jgn ditolak kan,,=p

sedang berjalan menuju bustop depan KMR..hee..

berjalan vs berposing..=D
muke seposen bergambar di bastop !

gadis2 suci murni..auww
cak !!! me at last seat !

da sampai mines...wif my green sweettyy car..mantop ah !
alaamak ! tercicir gambar minah dua orang sesat duduk kat tmpat khas ni..adehh
yeahh,,2 dia..kak liza wif besday gurl..JAZ !!

yaaa,,,,posing lagi,,,,hee
karok time !!!

hohooo..mr bean..kacang pis rebos !

comel sgtttttt..geram cam nak bawak balik jek...iskk
the owner of d camera d amor..hehe..cun kan !
ya...tak lain x bukan...besday gurl kita a.k.a mangsa kami..JAZ!!


karok the besttt woooo,,even sore x best wooo...hohooo

tu diaa,,,converner yg baek hati...heheh,,,dah blik2,,,meeting wehh,,,=p
nyum2.big apple bagi kat orang kampung yang x join kua mines..=)

ni je dulu pict...ade ag banyak kat camera lain,,tapi x dapat copy lagi..huhu..ape2 pon kenangan ni akan dikenang sampai bile2,,best ngan korang..lap u ol !!

Sunday, January 2, 2011

im back !

salam..

hye kwn2,,, indu aku x ?? ahahh.. aku rindu sume orang meh,, sumpah tak tipu... wawawa.. esp fmily aku nun di sana 2 kan.

hehe,, n op kos bindu @ rindu kat belog ni 2 pasal nak wat entry b4 tdo sat lagi,, da kangen band dah ni..=p

ha.. kawan2 cht tak ni.. hope cht la ye.. smga kita sume cht hndak-Nya.. amin..
selama tak ngedate nagn belog cukcuk ni almost 1 week sbb aku g kem... a.k.a KUKEM stand 4.. kursus kepimpinan mahasiswa kolej tun Dr.Ismail.. kursus ni by mtm kolej.

selama 1 week,, kitorang berkem yg memakan masa selama 4 hari indoor n 3 ari outdoor.. indoor wat dlm kolej je,,then outdoor bru g kem ladang kemasul,pahang,..wahh... blik kampung lak g phg 2 kan..hehe... semangat wok !

best sgt2 time kem ni,, mcm2 belajar taw,, indoor byk dok wat ldk n dgr talk.. ade talk dari orang lua lagi,,pling best ngan DATO' dy bg talk pasal pengucapan awam, memg semangat sume yang ade kat c2, n ade slot public speaking,, nasib dapat in malay,, klw bi,, perghhh,, hamcus kot !

outdoor lgi best masuk sungai,, hehe,, tapi pelik sangat,pacat n lintah takde lak g kat aku,, maybe kaki lawo sgat kot..=p

ape2 pon,, memg sgt best, siap kene jga brg amanah lgi macam2 taw..biskut merry, kucen a.k.a belut,, ect.

dlm akt. outdoor sume mmg mencabar giler2 thp ghaban.tpi syok beb sebb kwn2 sume oke2 n sporting perabes r..salute la korang even rmai junior sbnrnye,,hehe..best la time men pondok2 tu..kite masuk utan n pasang kemah,,masak2,,padahal x sempat masak da g berperang,,sempat masak air je kan..hehe..

ape2 pon 2 sume kenangan aku hujung taun lepas,,semalam2 je pon..hee ~ aku nak jadikan sume ilmu yang fasi2 bagi sebagai pengajaran n pembelajran bru bg aku yg bleh aku amik tok khidupan..insyaAllah,,


ni lagu tema KUKEM siri o3:::

Lirik Lagu Hanya Di Mercu
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Habsah Hassan

Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

korus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan

Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

oklah,,da nantok,sok kelas kol 8..adehh..penat x hilang lagi,,tapi, kite mesti bertindak, semangat ungu taw..yehaa,,andree2..ttaata...

TAHUKAH ANDA❓ . Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak anggur muskat, res...