Tuesday, June 29, 2010

HUKUM MEMILIKI ANAK PATUNG..

Salam...ni nak share ckit tntg agama..pe yg baik dijadikan tauladan yg buruk jdikan sempadan k kwn2..

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.

Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam "Fatawa Muasirah" berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.

Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan
berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut seperti plastesin dll).

Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam,
tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).

Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.

Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!'' Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (sabar'34: 12-13)

Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.






kat atas 2 ckit2 gmbo ptung,,huhu..ckit je cukop,,xleh bebanyak..ok kwn2,,tata..

Sunday, June 27, 2010

KUEHH KRUKK2!!

Salam… hye3.. 2day is Sunday!! Yes !! or ahad la kan.. or ari minggu la kan,,. or ari cuti n ari yg org slalu g kua jln2, shoping, wat knduri..oohh whatever!! ^_^ (n of coz arini bukan ari aku jln2 cam org len tp dok uma jela. wuwu~~fakta benar N sebenarnye>JELES TGOK ORG LEN KUO JALAN!! HU2.

Tpi its ok la geng,, aku leh handle ag prasaan kejelesan aku tu.. waawawa.. So arini I ngan akak n mak I try wat sepisis kueh yang bernama kueh gulung2, kueh gunting2..
yaa> that’s the name that I called it,, but I didn’t know what r the real name.. huh.. so juz call me kueh KRUKK2!! lgi best kan nme 2,, senang ingt,, hehe..agpon,, klw kite makan.. pehh,, bunyi die x bleh blah beb.. krukk,, krukkk,, krukk!! cayalah beb,, syokk! terbaek wok!! hee~~

Ok, so I rse nak sharing2 la ngan u all..jom2 tgok prosesnye k..

1st ,kite mstila prepare ingrediants nye kan..k catat2:

i. kulit popia(1 bungkus>setengah kilo)nak wat ckit pon leh just try2 dulu ke..tapi gerenti tak cukup kang..haa..

ii. air masak ckit,air paip pon buleh,,tp nak afdol,gne la air bersih ckit kan..at least 1 mangkuk kecik je k..

iii. bahan2 serbuk gaul:nestum+gula(blend)agak2 cukup tok gaul dengan kueh 2 nti..ikot suke ati la senang..hehe..
iv. garam secubet je k..depends pda kuantiti hasil yg kita dapat nanti k..

Ok jom wat::::>>>>>>

1. Ok 1st kite asing satu persatu kulit popiah 2 k..bese kadang2 kulit 2 melekat antara satu sama lain pas kua dari icebox kan..


2.Then kite amek kulit popia kite gulungkan die sampai hujung k..cgulung boleh je rapat2 or longgarkan sedikit..



3.Then nak dekat hujungnya kita lekatkan gune air masak tadi.. supaya gulungan tadi takkan terbukak k..



4. So ni la hasilnya bile da banyak2 kite gulung tadi k..



5.Pas 2, kite kene gunting kulit tadi serong2 k..



6.Macam ni bentuknya k.. sederhana saiznya,, ikot masing2.



7. Bile dah gunting sume jadi camni.. sementara 2 kita panaskan minyak k.



8. Then kita boleh gorengkan die sampai masak,, tpi x perlu terlalu garing,, biar dia kuning sedikit je bagi cantik k..



9.Sementara kita goreng 2,, kita boleh juga sediakan bahan2 gaulan nti k.. so kite ambil 4 sudu nestum n dua sudu gula n kita blend die sampai hancur k.



10. Apabila kita da angkat kulit yang sudah masak tadi, then kita sejukkan ia sekejap k.selepas itu,, barulah kita boleh gaulkan ia bersama bahan2 yg sudah kita blend tadi k. kalau gaul time kulit tadi panas, mungkin nestum tadi akan cair dan ia jadi x menarik la kan n x berapa sedap.. huhu..

11. Finally da siap pon!!yehaaa… jom,mkn!!



K ape tgu ag,, g wat pat,, hehe~~

Friday, June 25, 2010

GaJi aYaH,.HAHA~~

Salam kamu2...hee~~
juz nk story mory kat cni,,hee~~sal g merewang cmlm,,

VENUE~KOTA TINGGI
TIME~APTE ASAR AROUD 5 O'CLOCK
ACTRESS~C PELATT,,KAKLONGG,AYH,MAK,ORG KEDAI KAIN,TEKSI ASKEM,,N 2 BELOVEd VIEWERS..HA2.

tersebutlah kesah smlm ayh aku ni gaji upenye,,ptot mak beria ajak aku n kaklong ikot dy amek barang..becelah,,buzines woman la katakan(alah,kecil-kcilan g2)tp g2 tengok xde brg sgt pon,,alah bndenye ciput je,(sudu,balang kueh rye n periok masak kendri,,hee~fakta:mak adalah org tgh tok kwn2 dy beli brg,cth:satinni,rorine,tupperware,latina,nataria,giacomo,dll.*fakta penting>>aku:tukang order tp x penah bayoo..hee~~^.^

ok2,,da melalut plak..
em ni ha sje nk cte smlm g jln2,xdelah jln sgt juz menyebok je kot,huu~~
mule2 kitorg g KIPMART dlu,,ayh nk g bli ikan,aku n kaklong lak mls ikot,,so g rewang..yg dapatnye askem n kaya ball,,nyum22!!asal aku puas mam askem(cokolat+stroberi)slurpp,=o





haaa!!nak taw sebab ape aku grm sgt nak makan askem??huh!!sabar ida,,sabar..*.*
ni ha teksi ni la ni yg wat aku semakin jadi ladis sabar g2..huk2..nak taw,,time nak kua simpang kat trafic light,sblh kete ayah aku ni,,teksi ni lah ayah ngan anak-anak kesygn die 2 g makan askem,,dah 2 tunjuk2 kat aku,,pehhh,,kesabaranku diuji siott,,nsib jek anak2 dy kecik ag,adelah dalam 2 sampai 6 tahun(3 orang)aku rase ayah die saje ajar anak die suh tunjuk2 cam 2,,smpat lak aku snap gmbr dorg,,tp x bape jelas la,,cover2 gak kan..huu~~(sempat aku edit n conteng2 gmbr 2,,kat c2 jelah dapat lpaskan grm,he2,,tp xdelah aku kejam sgt kan,,=p



ok ni lak smpt aku amik gmbr dorian yg jual kat kipmart 2,,wahh sdpnye la..tp xdpt beli,tgok je la sambil sedekah air liur..wuuuwuu..=(



dah 2,,aku n kaklong g tggu ayh n mak aku kat kete,dlm tgh makan2 askem n kaya ball ni lak,,aku smpt gak berposing2 kat c2,,(x senonoh kan,,bantai jek)sbb xde org ponn.



ya Allah,,dlm tgh wat kje berfaedah gak 2,aku nmpk upenye ade org lak kat dalam kete sblh,,pehh,,maluuunyer..tros aku terduduk kat ctu,aku nk telan askem pon da x jdik,hua3,,malu sgt2..da la kami bising2 kat ctu ckp tah ape2 ngan akak aku..fuhhh,,hope2 mamat 2 x dgor la(klw x,,msti dy kutuk gler2 ah)..amin..*.^(BLUSHING TIBE2)PATOT KE<< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZOQB5OZ4Pdg8KW_sAeuprzgKjGNXhDzrj9mSYTXJqXbi4LP0ToTltkm1iBHoO7KR0VZ08eq7ClzCUr0lrnmb1GF594lPM9EA0BdeYTXncA_0YpKGmJFBB86YSjtqy6OaCMxvoFceaeaKQ/s1600/Image017.jpg">


aku smpt jeling tgok encem gak,,mcm ni la rase-rasenye..hee~~



hee~~dah2,,tah sape2 je org 2..
ha,ni bwu btol nk posing2,,dlm kete je k..save n clear cket..klw ade yg kutuk pon akak aku je..hee~~



em k,,ni lak pict2 aku,mak n kaklong g beli belah kat kdai kain,,memg kat kota ni byk gler kdai kain,,memg mate rabun r,,byg sgt nk tgok taw..





ok 2 je la nk story,,+gosip+luahan rase+puas ati+..bla,bla,blaaaaa...=p
jgn ikot cm aku ek,,

MORALNYA:;; CKP ORANG PANDANG2,,POSING2 PON KENE LA PANDANG2 GAK EK,,(*mstila kne pndg,,huhu,,klw x,,x jdi la gmbo 2..wengg~~)
padahal da malu..haishh,dulik r,,dorg x knl pon,,hee~~^.^


Wednesday, June 23, 2010

DARI MATA TURUN KE HATI


Ok, entry kali ni nak cite sal mata.. mata?? emm,, mata, mata mempesona.. tp bukan la mata kucen lak taw.. 2 air mata kucen ade la dlm air laicikang.. hehe..

tgok la pict2 mate yg I kumpol dri mata2 manusia yg trdri dripada mata fmly I,, n mber2,, n org yg tdk dikenal pasti pon adaaa.. haa…mcm2 bntuk kan,, ade yg bujur,, yg boolatt, yg bersegi2 pon ade maa.. huu.. lets cekedout mata2 ni k..



Ok2,, straight 2 the point:::::>>>>>
Sbenarnya I nak cite sal kshtn tok mata kita…
Ok,, mata kite ni leh jadi letih gak taw,, jgn memaen.. ha nak taw pe puncanya?

Ni I senaraikan serba ckit faktor2 terjadinya mata kite ni letih ea..K antranya:

1) Gune mata dengan masa yang lama terutama kat bawah cahaya lampu yang terang.bahya,bhyaa…

2) Buat kerja yang gune mata melihat dalam jarak yang dekat cthnya, berhadapan dengan komputer..(sma je I nip on,, mengadap lappy je,, asek ngan fb nye, ym nye, blognye.. tp xpe,, jga,jaga jgk mata ksygn ni taw.^.^)

3) Tekanan yang dihidapi setiap hari cthnya:stress,frust bercintan..*.*

4) Nilai kuasa mata yang tidak serasi dengan masalah rabun yang dialami.cth:rabun 120,tapi g pkai lens yg kuasa besor cam 500 ke..ha,,kan cri problema di ctu..aiseyyyman..

5) Masalah pencemaran cth:asap2 kilang,habok2 yg flying without wings 2,n mcm2 ag la kuman yg bersiar2 di CC kita ni kan..huu~~


N selalunya kita dapat feel la dengan rasa tegang around mata kita 2,penglihatan yang tak bape pokes and saket kepale or nk pengsan@pitam.

Meh2 follow tips2 ni tok bantu avoid dis problema>>> *.^(wink2,kenyet2 ckit)

1. Mula harini, cuba amalkan merenjis mata dengan air sejuk agar ia always clean n clearrrr k n ia dapat meransang otot mata kita ni..(mata pon ada otot..hee)

2. Elakkan guna titisan cecair pencuci mata (cth,eye mo)terlalu banyak, sebaiknya guna aje jus timun untuk bersihkan mata anda..

3. Jangan membaca di tempat gelap. Make sure cahaya lampu tu datang dari arah belakang n bahagian atas anda bukannya dari arah depan.

4. Jangan membaca more than 2 hours non stop.(4 me>toksah wat2 rajen,except exam,ho2.=p) beri peluang mata anda rest at least 10 minits. Boleh juga tutop lampu or pegi kat tempat gelap ketika berehat slama 10 menet>lebih pon ok jee..

5. Bolej jugak melihat objek yang berwarna hijau selama beberapa saat untuk kurangkan ketegangan mata tu.

6. Boleh juga amalkan senaman ringkas ni; tutup mata dan tekan bahagian kelopak mata dengan perlahan (jika anda gunakan kanta pelekap, make sure anda alihkan lens 2 dahulu.) cara lain; baring di tempat yang gelap, letakkan hirisan timun atau gumpalan kecil kapas yang telah direndam dengan susu di atas kelopak mata anda. Then rehat selama 10 minit. Senang je..^,^

7. Jangan gosok or tegangkan bahagian kulit bawah mata, sebab that part amat halus taw..

8. Gunakan krim mata seminimum mungkin dan berhati-hati semasa menyapunya di bahagian mata. Jika tersalah letak, cepat-cepat bersihkan dengan air suam.

9. Make sure diet daily anda includekan VITAMIN A cthnya bijirin, minyak ikan, kuning telor, sayur saderi dan hati. Jika mata anda berair, kemerah-merahan atau gatal its probably because of kekurangan sumber VITAMIN B2 yang boleh didapati dalam hati dan bijirin gandum.

10. Make sure jugak anda buang alat solekan b4 masuk tido untuk elak terkena jangkitan kuman pada bahagian akar bulu mata.

11. Ha ni penting, not only 4 our eye je taw, 4 sistem penghadaman badan pon, kite mstilah minum 6 hingga 8 gelas seehari keh.

12. N ni lagi pnting,tido kene cukop at least 7 jam..*.*zzZz..




Bagi dapatkan mata yang segar dan bersinar, lebihkan makan:

• Lobak merah, kentang dan sayuran hijau untuk mendapatkan beta keratin.
• Buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran untuk vitamin c
• Makanan laut dan berasaskan gandum untuk zat besi
• Ikan, sayur hijau, daging tanpa lemak, kekacang dan sayur hijau untuk vitamin B
• Minyak bijirin dan avocado untuk sumber vitamin E

ok,,thats all yg i nk share..hehe>>
shingga bertemu lagi di siaran akan datang ya..majulah mata untuk melihat!!
subhanallah,,^.^ bersyukur dengan apa yg ada..alhamdlillah..=)





Tuesday, June 22, 2010

hYe WAN,,



Enggang Kurung Anak:

Time enggang betina mengeram telor dalam lobang pokok, enggang jantan akan tolong die tutup lubang tu. Lubang yang tinggal juz cukup untuk enggang jantan tadi bagi makan kat enggang betina yang terkurung tu je.

Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan pecahkan sarang untuk keluar dan bina semula dinding tu, dan kedua burung dewasa akan cari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri bina semula dinding yang pecah tu tanpa bantuan burung dewasa.

Nursery Haiwan Terbesar:

Gua Bracken di Amerika Syarikat adalah rumah bagi lebih daripada dua puluh juta kelawar. Si ibu tinggalkan anak-anak nye kat nursery tu. Mereka berhimpit-himpit supaya tak sejuk sangat. Kelompok kelawar ni sangat padat. Bagi kawasan yang sebesar pengesat kaki jumlahnya mungkin 1000 ekor.

Info kelawar:

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang.

Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar.

Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Anak Haiwan Paling Tinggi:

Tinggi anak zirafah kira-kira 2 meter iaitu lebih tinggi daripada kebanyakan manusia dewasa. Ibu zirafah yang lebih tinggi tu melahirkan anaknya dengan berdiri. Anak tu keluar n jatuh kebawah dengan kaki dahulu.

Info zirafah:

Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160 kilometer persegi / 62 batu persegi. Zirafah merupakan haiwan asli di Afrika, Zirafah berkait dengan rusa dan lembu, tetepi diletakkan dalam keluarga berbeza, Giraffidae, yang mempunyai hanya zirafah dan saudara terdekatnya, Okapi.

Burung Undan Dan Kantung:

Burung undan ada kulit macam kantung yang menggeleber kat bawah paruhnya untuk mencedok ikan. Air kemudiannya dikeluarkan dan ikan-ikan tu ditelannya. Bila anak nak makan, ia akan meluahkan ikan tu dan biar anaknya makan dari dalam kantung..eemm,,sedapnyaa..=o

Info:

Burung Undan atau Pelikan adalah sejenis burung air yang memiliki kantung di bawah paruhnya, dan merupakan sebahagian dari keluarga burung Pelecanidae. Bersama burung darter, kormoran, gannet, boobie, dan frigate, mereka membentuk Order Pelecaniformes. Pelikan moden telah ditemukan di semua benua kecuali Antartika. Mereka muncul umumnya di wilayah yang beriklim panas, dan mereka tidak ada di wilayah kutub, laut dalam, kepulauan samudera, dan daratan Amerika Selatan.

Pelikan terkecil adalah Pelikan Coklat (Pelecanus occidentalis) dengan berat hanya sekitar 2.75 kg dan panjang 106 cm dan lebar bentangan sayap maksimum 1.83 m. Pelikan terbesar saat ini adalah Pelikan Dalmatian (Pelecanus crispus) dengan berat 15 kg dan panjang 183 cm, dengan lebar bentangan sayap hingga 3.5 m. Pelikan Australia memiliki paruh terpanjang diantara burung yang lain.

Pelikan adalah perenang yang baik, dengan kaki mereka yang pendek dan kuat.


Ulat Bulu Pelahap:

Ulat bulu rama-rama polyphemus mungkin anak yang paling pelahap. Untuk 56 hari pertama hidupnya, die makan daun sebanyak 86000 kali lebih berat daripada badannya sewaktu lahir. Ini sama macam baby yang makan makanan sebanyak enam buah lori besar.hee~

TAHUKAH ANDA❓ . Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang kaya dengan anti oksidan yang dihasilkan daripada ekstrak anggur muskat, res...